seocmseomb.netlify.com

Belajar Bahasa Arab Al Quran Pdf

Belajar Bahasa Arab Al Quran Pdf Average ratng: 4,6/5 9572 reviews

Info Selengkapnya: Hp/wa: 0856.4701.6918 Belajar Bahasa Arab merupakan Dasar memahami Al-Quran. Ternyata sangat mudah dengan m. Your browser will redirect to your requested content shortly. Tanpa bantuan belajar bahasa arab al quran pdf yang baik, anda mungkin akan melihat tanda tanya, kotak-kotak, atau simbol lainnya. Apakah tujuan belajar bahasa Arab? Kerana saya adalah arab, bahasa al-Quran adalah arab dan bahasa ahli syurga adalah arab.

Entah bagaimana, terdapat guru agama/al-Qur'an (terutama di Malaysia dan di beberapa negara lain di Asia) mempercayai bahawa membaca al-Qur'an tanpa memahami pengertian ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur'an (teks al-Quran) tersebut, si-pembaca masih akan diberi ganjaran (pahala) oleh Allah SWT. Malah, menurut mereka, Allah akan memberi ganjaran (pahala) sebanyak sepuluh (10) kali ganda bagi setiap abjad (huruf tulisan Arab) ketika ia membaca ayat-ayat al-Qur'an tersebut.

(memang terhadap hadith mengenai pahala membaca al-Qur'an). Berlawanan dengan fahaman yang dinyatakan tadi, terdapat juga guru-guru agama/al-Qur'an yang berpendapat sebaliknya. Mereka berpendapat, jika kita membaca al-Qur'an tanpa memahami maknanya, kita bukan sahaja tidak akan mendapat apa-apa ganjaran (pahala), malah al -Qur'an (maksudnya, PenciptaNya, ia-itu Allah) akan menlaknat kita dan akan mengambil perbuatan kita itu sebagai bukti terhadap diri kita pada hari kiamat nanti sebab kita tidak meletakkan apa-apa usaha untuk cuba mempelajari dan memahami bahasa Arab al-Qur'an yang diturunkan dalam bahasa Arab. Penulis bersetuju dengan pendapat ini (ia-itu, si-pembaca tidak akan mendapat apa-apa ganjaran jika tidak faham apa yang dia baca) dan ini adalah sebab utama mengapa Penulis memutuskan untuk menulis dan berkongsi dalil-dalil al-Qur'an berkaitan wajib kita faham bahasa Arab al-Qur'an. Jadi, membaca al-Qur'an tanpa memahami maksudnya adalah:- a) seperti membaca sebuah buku berbahasa Korea, walaupun seseorang itu memahami simbol-simbol teks Korea tetapi tidak faham apa yang dia baca.!

Dari segi logik nya, adakah si-pembaca mendapat apa-apa faedah.? Sudah tentu tidak.! B) sama juga jika kita belajar sains, kita hendaklah faham apa yang kita belajar. C) bolehkah seorang guru mengajar dalam bahasa (sebagai contoh.bahasa Korea) yang tidak boleh difahami oleh anak-anak murid nya? Apakah manfaat Nya? Budak-budak kecil yang membaca komik pun, juga mahu faham apa yang dia baca!

Tetapi persoalan nya (seperti yang Penulis kata pada permulaan tulisan ini.mengapa bagi al-Qur'an, kita dibolehkan baca tanpa faham.? Siapakah yang mengeluarkan fahaman dimana membaca al-Qur'an tanpa memahami nya tak mengapa, malah dapat pahala.? Jika niat si-pembaca adalah untuk menghafal terlebih dahulu ayat-ayat al-Qur'an dan kemudian mempelajari bahasa Arab al-Qur'an agar mereka boleh memahami apa yang mereka baca, kita boleh terima jawapan ini.tetapi jika dia membaca al-Qur'an tanpa memahami apa yang dia baca dan menjadikan bacaan itu sebagai amalan harian (.yang lebih menakjubkan, boleh pulak memperuntukan masa nya dengan mempelajari tajwidnya, bertaranum dan sebagainya.), sebenarnya dia tidak akan dapat menggunakan ilmu yang diturunkan oleh Allah dalam al-Qur'an. Hukum-hukum al-Qur'an mesti diambil sebagai panduan kehidupan kita semasa didunia bertujuan, untuk buat persiapan bagi akhirat kelak.! Ini dinyatakan dalam beberapa ayat al-Qur'an.!

Kita lihat apa yang terjadi sekarang.peperangan, orang Islam bermusuhan semasa sendiri, fitnah menfitnah dan sebagainya.! Perbuatan-perbuatan keji ini telah menjadi sebahagian kehidupan kita (.tanpa rasa takut akan dosa yang Allah janjikan bila kita ingkar.) dan kehidupan kita pula, tanpa mengikut hukum-hukum Allah. Ada yang mengatakan kita mesti lihat pada realiti.seolah al-Qur'an itu sudah lapuk dan hukum-hukum Allah hanya boleh digunakan pada zaman Nabi sahaja dan bukan zaman sekarang.ia itu zaman dunia berteknoloji tinggi.??? Manusia tidak rasa takut akan amaran Allah kepada orang-orang yang ingkar (kafir) terhadap hukum-hukum Nya.

Entah mengapa, banyak diantara kita yang boleh memperuntukkan masa untuk mempelajari kitab-kitab ulamak terkenal dan muktabar (.memang tidak salah dan Alhamdulillah, digalakkan.) tetapi pada masa yang sama, tidak memperuntukan masa untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an untuk menjamin apa yang kita pelajari nanti (.termasuk buku-buku ulamak) mengikut hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an. Mungkin ada yang akan berkata,' Siapakah kita untuk mempersoalkan buku-buku ulamak muktabar.? Ini bukan isu mempersoalkan buku-buku ulamak muktabar (.para ulamak adalah perwaris Nabi dan lebih elok kita tidak mempersoalkan kewibawaan mereka.) tetapi yang menjadi persoalan nya. Mengapa kita boleh memperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu yang ditulis oleh ulamak-ulamak muktabar TETAPI tidak ada masa untuk memperuntukkan masa untuk mempelajari bahasa Arab al-Qur'an yang dituntut oleh Allah.!

Mungkin kebanyakan orang akan berkata, ' Kita boleh baca terjemahanNya.! ' PersoalanNya, adakah kita pasti bahawa terjemahanNya boleh menjelaskan maksud sebenar ayat al-Qur'an tersebut.? Lagi, adakah kita pasti yang kita akan melihat terjemahanNya pada setiap bacaan yang kita buat dan bolehkah kita kaitkan satu ayat dengan ayat yang lain tanpa bertaddabur (.menjawap persoalan melalui ayat-ayat Allah) sebab al-Qur'an diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibra'il secara berperingkat-peringkat kepada Nabi kita Muhammad SAW.? Al-Qur'an bukan sahaja satu panduan hidup bagi umat Islam tetapi iaNya adalah panduan hidup untuk manusia sejagat (mankind). Apa yang berlaku di dunia sekarang (.seperti yang dikatakan tadi ia-itu perperangan, fitnah memfitnah dan sebagainya.) adalah disebabkan manusia sejagat tidak menggunakan al-Qur'an sebagai panduan hidup.

Mungkin kita boleh kata begitu kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri pun tidak mengunakannya. Malah ada orang Islam yang mengangkat atau memutabatkan undang-undang ciptaan manusia daripada hukum-hukum Allah.

Ketika diakhirat nanti, apa Nabi akan kata mengenai umatNya.! Al-Furqan (25:30). Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, ( Semuanya) tunduk kepada perintahNya.

Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam (manusia, jin dan sekelian yang melata).

Wahai Rasul Allah! Janganlah Engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang Yang segera menceburkan diri Dalam kekufuran, Iaitu dari orang-orang Yang berkata Dengan mulutnya: 'Kami tetap beriman', padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang Yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) Yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya Yang sebenar. Mereka berkata: 'Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka Terimalah Dia, dan jika tidak disampaikanNya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik'. Dan sesiapa Yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka Engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang Yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang besar. Jika kita tidak faham apa yang Allah katakan di dalam al-Qur'an, ini bermaksud kita akan bergantung pada guru-guru agama dan al-Qur'an yang mungkin juga tidak memahami bahasa Arab al-Qur'an tetapi disebabkan sistem pengajian dinegara kita, guru-guru tersebut masih layak untuk mengajar al-Qur'an. Dengan bergantung kepada mereka, kita berkemungkinan mempersamakan diri kita dengan apa yang orang-orang Yahudi dan Kristian lakukan, kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada pendita-pendita mereka untuk semua perkara agama.!

Bagi orang-orang Kristian, selagi mereka beriman bahawa Nabi Isa (Yesus) itu adalah anak Allah, mereka akan tetap pergi ke syurga tanpa hisab dan bagi orang-orang Yahudi pulak, mereka mengganggap diri mereka sebagai orang-orang yang terpilih oleh Allah dan mereka akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab (.jika masuk pun, hanya untuk 40 hari ia-itu disamakan dengan waktu Nabi Musa mendapat wahyu Kitab Taurat) yang mereka pernah lakukan (termasuk membuat kerosakan dimuka bumi Allah). Allah telah menyebut hal ini dalam Ayat 2:111 anda Ayat 2:11 Al-Baqarah (2:111). Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi', mereka menjawab: ' Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan'. Jika kita lihat apa yang sedang berlaku sekarang didunia ini, negara manakah yang mengatakan mereka adalah polis dunia.?

Tetapi sebenarNya, mereka lah yang banyak berbuat kerosakan didalam dunia ini dengan menyerang negara-negara tanpa bukti dan tanpa alasan sebenar. Disebabkan mereka negara berkuasa besar, walaupun mereka silap (menyerang tanpa bukti sebenar.), tiada tindakan diambil. Perkataan ' Might is right.!

Atau Kekuatan itu adalah kebenaran' menjadi realiti dunia sekarang. Allah telah menyatakan ini dalam ayat 2:11 diatas. Selain itu, mari kita lihat ayat-ayat ini berkaitan perkara yang sama: Adh-Dhariyat (51: 8 -11).

Ayat 49:1 adalah jelas.jika tiada hukum atau hadith berkaitan sesuatu hukum, lebih elok kita tidak memandai-mandai melakukan sesuatu perkara. Walaupun ulamak boleh beristihad dan sebagainya, tetapi tidak sekali-kali mereka boleh mengubah hukum Allah seolah mengikut realiti atau keadaan semasa. Sebagai contoh, pada zaman sekarang, ada yang berkata, '.tak apa kita mengambil riba sebab kita dalam keadaan dharurat atau tak apa ambil riba sebab mas'lahah (permasa'lah umum) atau yang lebih berat, tak apa ambil riba sebab jika kita haramkan saham (.dimana pendapatanNya, banyak berunsur riba.) ini akan menjejaskan ekonomi kaum kita dan sebagainya'. Allah telah memberi amaran yang jelas melalui ayat 49:1 Al-Baqarah (2:121). Orang yang faham bahasa Arab al-Qur'an menterjemahkan ayat diatas seperti berikut:- Dua perkataan yang perlu di analisakan ia-itu 'kafir musyrik'.

Perkataan 'kafir' maksud nya 'ingkar - tidak patuh'. Jika kita tidak ikut hukum Allah, kita termasuk orang-orang yang ingkar (kafir - definasi nya bukan sahaja bagi orang bukan Islam tetapi termasuk orang Islam yang tidak terima atau tidak mengamal hukum-hukum Allah).

'Musyrik' pula, bermaksud orang yang syirik (termasuk orang-orang munafik) kepada Allah. Adakah yang dikatakan orang kafir musyrik itu orang-orang yang mentadbir masjid-masjid (termasuk AJK-AJK atau penguasa Masjid) yang telah diberi amanah tetapi tidak memakmurkan masjid dengan kuliah-kuliah agama atau menghalang kuliah-kuliah agama, tiada pengajian al-Qur'an dan sebagainya walaupun telah diamanahkan kepada mereka? Dan, adakah ini termasuk AJK-AJK yang hanya menjemput penceramah-penceramah yang menguna berbagai kitab-kitab sahaja (.sila lihat kembali ayat 5:41, 2:121, 51:8-11, 17:36 dan 49:1) tetapi tidak memperuntukan atau tidak mencari guru untuk mengajar kefahaman al-Qur'an. Yang kita risau juga adalah, jika ilmu yang diajar oleh Ustaz-ustaz tanpa dalil, AJK AJK masjid juga akan tanggung dosa juga seperti yang di firman oleh Allah dalam ayat 16:25 An-Nahl (16:25). SebenarNya bila kita baca dan fahami ayat 9:17.begitu besar tanggung jawap AJK-AJK Masjid. Kadang-kadang kita hairan mengapa terdapat di Malaysia, ada orang-orang yang hendak rebut jawatan AJK Masjid sebab apabila kita lihat ayat 9:17.terasa gerun untuk memegang tanggung jawap itu.terlalu berat, terutama sekali apabila Allah firman.rosak amalan mereka dan mereka kekal dalam neraka.!

Kita berharap, tafsiran diatas tidaklah begitu.! Penulis sebenarNya tidak berani memberi pendapat nya mengenai ayat 9.17 tetapi bila kita lihat ayat berikutNya, besar berkemungkinan. Tafsir yang dinyatakan diatas adalah benar. (.Penulis sebenarnya cukup takut bila membaca ayat 16:25 sebab terasa takut ada tulisan-tulisan Penulis dalam blog ini yang salah atau tersalah tafsir oleh Pembaca. Semoga Allah memberi hidayah dan pentunjuk sentiasa kepada Penulis dan Pembaca semua.) At-Taubah (9:18).

Ayat 2:2 menegaskan al-Qur'an adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.! Untuk jadi orang yang bertaqwa yang utama sekali adalah kita mesti faham al-Qur'an. Jika kita tidak faham dan tidak mengambil hukum-hukum yang terdapat dalam al-Qur'an.

Amat berat bagi kita untuk menjadi orang (hamba) yang memenuhi kriteria Allah, untu menjadi orang-orang yang bertaqwa dan beriman. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Melihat ayat-ayat diatas, Penulis tetap dengan pendirianNya yang memahami al-Qur'an (.ini bermaksud memahami bahasa Arab al-Qur'an) adalah wajib. Penulis akan terus cuba memahamiNya bahasa Arab al-Qur'an walaupun berlajar secara pelahan-lahan. Hendaklah difahamkan yang apabila kita mempelajari al-Qur'an kita juga mesti mempelajari hadith Rasulullah S.A.W. Qur'an dan sunnah Nabi adalah rujukan utama kita seperti yang Allah sebut dalam al-Baqarah 2:129 iaitu doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail: Al-Baqarah (2:129). Yang dikatakan.mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) adalah melalui hadith dan sunnah Nabi.

Banyak lagi ayat-ayat berkaitan sunnah Nabi tetapi Penulis suka memilih ayat 2:129 dan ayat 4:61 untuk menerangkan yang Nabi-Nabi terdahulu pun mengajar melalui kitab-kitab (cara tertulis atau pun tidak) mereka. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pembelajaran adalah melalui hadith dan sunnah (perbuatan) beliau. Bila Nabi Muhammad S.A.W.

Mendapat wahyu Allah (.sebagai Nabi terakhir) semua hadith (jika ada) dan sunnah Nabi-Nabi terdahuluNya tidak boleh dipakai lagi dan kita hanya terima hadith (yang sahid) dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W. Penulis, hairan mengapa ada dikalangan kita di Malaysia yang menolak hadith (.berpendirian hanya ambil al-Qur'an sebagai rujukan) walhal ayat diatas adalah jelas. Sekarang mari kita lihat apa yang Allah dimaksud mengenai syirik? Al-Baqarah (2:165). Dua perkataan yang kita kena lihat diatas adalah.mereka mencintainya ( memuja dan mentaatinya). Memuja bermakna mengambil sesuatu yang terang seperti patung-patung, selain itu, bila mereka kata Nabi Isa itu adalah anak tuhan dan seumpamaNya tetapi perkataan mentaati itu besar maknanya. Bila kita tanya guru-guru agama apa maksud 'mentaati.?'

, mereka mengatakan 'perbuatan mentaati' adalah sama dengan perbuatan-perbuatan yang kadang-kadang kita tidak sedar atau sedar, tetapi buat-buat tidak sedar, seperti berikut: a).sudah masuk waktu solat tetapi bos kita (tak kira orang Islam atau bukan Islam) berkata' '.mensyuarat ini adalah mustahak dan semua orang kena berada dalam mensyuarat ini, tidak boleh keluar.' Bila masuk waktu solat.sebab takut dengan bos (.satu perbuatan syirik pada tempatnya ia-itu sebab takut dengan bos kita tidak mengerjakan solat wajib), kita telah mensyirikan Allah; b).kita memuja artis-artis pop berlebih-lebihan, tahu nama-nama mereka (mengetahui profil peribadi artis-artis berikut) tetapi sebalik nya.tidak tahu akan nama-nama Allah 99; c).

Kita mengambil selain daripada hukum Allah sebagai panduan hidup, dan yang utama sekali d).kita tidak mengambil al-Qur'an sebagai rujukan utama kita dalam pembelajaran kita sebab syirik adalah satu-satu dosa yang Allah tidak akan ampun melainkan mereka bertaubat atau.sempat bertaubat. Kita hendaklah selalu berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang Alalh murka. Allah berfirman:- Al-Araf (7:146). Hendaklah kita selalu beristiqfar (. Ingat istiqfar itu bukanlah hanya dibuat melalui bilangan, contoh 70x selepas solat ) tetapi pada setiap kali kita buat perkara yang boleh mendapat kemurkaaan Allah.b iasanya setiap hari seperti kita mengumpat, memfitnah, mengiyakan fitnah orang, pada zaman facebook dan whatapps - bila kita 'forward' gambar-gambar atau cerita-cerita yang boleh di takrifkan sebagai fitnah (tak kira perkara itu benar atau pun tidak).

Melihat perkara yang tak patut kita lihat.dan sebagainya.kita terus beristiqfar agar Allah ampun dosa kita bila kita sedar dan rasa menyesal. Ini akan berlaku berulang-ulang kali. At play controller drivers. Bila masuk waktu solat, kita solat dan berdoa agar Allah ampun dosa-dosa kita yang telah kita buat (sengaja atau pun tidak) sebelum masuk waktu solat tersebut. SEKARANG kembali kepada topik kita mengapa Penulis kata wajib kita memahami bahasa Arab al-Qur'an.?

Youtube Belajar Membaca Al Quran

Bagi orang-orang Islam, Allah tuntut lebih daripada hanya mengambil al-Qur'an sebagai bahan bacaan harian tetapi al-Qur'an adalah untuk panduan hidup kita seperti yang telah Penulis sebut beberapa kali sebelum ini. Apabila guru-guru agama /al-Qur'an terus memegang pendapat mereka ' tidak mengapa untuk membaca al-Qur'an tanpa memahami Nya dan si-pembaca masih akan diberi ganjaran (pahala) oleh Allah., secara tidak langsung guru-guru agama/al-Qur'an ini akan dipertanggungjawapkan kerana menukar kata-kata (ayat) Allah.!